REFLEKSI SAYA

MINGGU KE-2
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Yang Dikasihi Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Fariza Khalid. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana diberi peluang untuk menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi saya, program pengajian Komputer Dalam Pendidikan(GGGE1155) ini sangat berguna dalam bidang yang saya ceburi iaitu untuk menjadi seorang guru. Banyak kepentingan dan kebaikan dapat diperoleh melalui program pengajian ini. Pada minggu pertama kami telah diminta untuk membuat akaun 'googlemail', akaun 'weebly' dan juga mencipta akaun 'dropbox'.
Melalui akaun-akaun yang telah dibuat, kami telah dikehendaki untuk membina signature tentang kami dalam akaun 'googlemail' agar setiap emel yang dihantar akan terkeluar signature tentang maklumat diri. Elemen-elemen baru ini telah banyak mendedahkan saya kepada dunia ICT kerana sebelum ini saya akui saya amat jahil tentang komputer. Komputer hanya digunakan untuk melayari laman sosial dan bermain permainan video. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini. Akaun 'weebly' merupakan satu blog yang dimiliki oleh pelajar sendiri supaya dapat memasukkan maklumat-maklumat dan maklum balas tentang pelajaran sepanjang program pengajian ini. Segala perkara yang dikongsikan alam akaun 'weebly' akan disiarkan melalui URL web sendiri. Sebagai seorang mahasiswa, saya perlu didedahkan dengan perkara ini, lebih-lebih lagi apabila saya akan memasuki alam pekerjaan kelak.
MINGGU KE-3
Syukur Alhamdulillah masih diberi nafas untuk menulis mengenai refleksi saya. 26 September merupakan minggu kedua saya menghadiri kelas GGGE 1155 iaitu subjek Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu ini pula kami dikehendaki membuat kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada 3-4 orang dan diminta mendapatkan maklumat mengenai Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) dengan menggunakan enjin pencarian.
Banyak yang telah saya perolehi mengenai apa itu CMS/LMS . Berikut adalah sumber-sumber yang saya perolehi dan diringkaskan supaya saya lebih memahami apa itu CMS/LMS. Mari kita terokai bersama-sama.
Apa itu LMS/CMS ?
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau lebih dikenali sebagai Learning Management System/ Course Management System merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah mahupun di institut-institut tinggi . Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran serta pemantapan pembelajaran
bestari.
Kepentingan sistem ini ?
Aplikasi ini merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap pra-sekolah sehingga tahap universiti.Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet.
Unsur penting dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan sistem pengurusan pembelajaran ialah capaian internet.Tanpa capaian internet sistem ini tidap dapat dijalankan kerana sistem ini menggunakan internet sebagai salah satu alat untuk berinteraktif.HaL ini dapat dilihat apabila pembelajaran yang menggunakan sistem ini adalah melalui online.
Sistem pengurusan pembelajaran ini adalah laman web yang turut digunakan oleh peringkat tinggi berasaskan teknologi untuk penyelesaian perenggan,menyampaikan dan mengatur pelbagai aktiviti belajar dalam sebuah organisasi.Sebagai contoh talian,kelas maya dan program pengajar yang dipimpin yang dapat menilai proses pembelajaran khusus.
Sistem ini juga turut digunakan oleh pelajar untuk memuat turun nota.Pelajar dapat mengakses maklumat berhubung dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan hanya menggunakan sistem ini. Malahan,mereka juga boleh lihat keputusan peperiksaan. Keadaan ini memudahkan pelajar-pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan-rakan dan memberi keselesaan kepada mereka.
Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu Gmail group,facebook group dan blog.
Kelebihan bagi pelajar yang menggunakan sistem ini ialah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan atas talian, boleh di akses dimana sahaja dan bila-bila masa dengan menggunakan internet, pensyarah dan pelajar boleh berinteraksi tanpa memerlukan perjumpaan, hanya diatas talian sahaja, menampung keseluruhan proses pembelajaran.
Oleh itu saya merasakan Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) ini merupakan satu aplikasi yang dapat memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran tidak kira peringkat rendah mahupun tinggi. Selain itu, aplikasi dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efisien. Kesimpulannya aplikasi ini merupakan satu aplikasi yang sangat berguna dan bagus yang perlu digunakan di setiap institut-institut pendidikan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah.
MINGGU KE-4
Pada minggu ini kami hanya mengemaskini tugasan-tugasan dan maklumat-maklumat kami kerana kelas telah dibatalkan oleh Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin kerana sebab-sebab tertentu. Jika kelas diadakan juga, mungkin akan menjadi suram kerana ramai rakan sekelas sudah pulang ke kampung untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha yang mulia sejak hari Khamis lagi. Mereka bernasib baik kerana kelas telah dibatalkan. Demi tanggungjawab dan amanah yang diberi saya menguatkan hati untuk menghadiri kelas tanpa mengetahui ia dibatalkan walaupun tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Walaubagaimanapun, kami diberi kebebasan untuk mencari apa sahaja maklumat tentang tugasan dan isi kandungan pelajaran kami melalui laman ge1155.weebly.com supaya kami lebih bersedia dengan apa yang akan dipelajari pada kelas akan datang. Selain itu, kami boleh meneroka dengan lebih mendalam tentang dunia IT apabila ada masa terluang begini.
Sekian sahaja, Terima Kasih
MINGGU KE-5
Assalamualaikum Dr. Siti Fatimah :)
Apabila sudah masuk ke minggu ini, tugas sudah semakin susah dan mencabar. Namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang demi kejayaan dan kerjaya pada masa hadapan yang lebih banyak dugaan. Semakin banyak perkara rumit yang dipelajari menerusi program pengajian Komputer Dalam Pendidikan. Tetapi jika usaha yang berterusan didorong dengan sifat-sifat yang positif. Dengan izin Tuhan semuanya akan berjalan dengan lancar.
Pada minggu keempat, kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan dalam kelas kami untuk membuat tugasan seterusnya. Setiap kumpulan dianggotai 3 pelajar dan kami diberi satu tajuk untuk satu kumpulan. Kumpulan saya dianggotai oleh Muhammad Yasiir Bin Hamdan, Muhammad Amirul Faiz Bin Aminuddin dan saya sendiri, Ahmed Danniel Bin Mohamad Mohta. Anggota kumpulan ditetapkan oleh kami sendiri.
Apabila ahli kumpulan telah ditetapkan, kami telah diberi tajuk yang perlu dikaji. Setiap kumpulan diberi tajuk yang berbeza dan kami telah mendapat tajuk Kemahiran Abad Ke-21(21st Century Skills) yang sangat menarik bagi saya. Kami dikehendaki mengkaji apa itu Kemahiran Abad ke-21 dan membuat hasil kajian kami di dalam aplikasi 'Google Presentation', iaitu aplikasi yang telah diajar kepada kami. aplikasi ini dapat memudahkan kami untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi secara atas talian walaupun tidak dapat berbincang dalam satu meja. Segalanya hanya di hujung jari dan dapat menimatkan masa dan kos.
Saya berharap agar tugas kami ini dipermudahkan oleh Yang Maha Esa kerana setiap apa yang kami buat, tidak lain tidak bukan hanya untuk menunaikan tanggungjawab kami dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
MINGGU KE-6
Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menuntut ilmu di dunia ini. Bersyukur juga kerana masih dapat mengikuti kursus GGGE1155 ini untuk menambah lagi kemahiran dan pengetahuan saya dalam bidang komputer di dalam pendidikan.
Pada minggu ini kumpulan saya telah pun hampir menyiapkan tugasan yang diberi pada minggu lepas iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke-21. Maklumat-maklumat yang kami perolehi telah didapatkan melalui enjin pencarian google. Selain daripada itu, ada juga artikel-artikel yang didapati melalui surat khabar Metro yang dibaca hampir setiap hari. Segala maklumat yang dicapai telah dibuat di dalam aplikasi Google Presentation.
Kami telah didedahkan dengan aplikasi google form dalam googledocs untuk membuat borang soal selidik tentang tajuk yang kami bentangkan. Segala isi dalam borang soal selidik kami adalah berkenaan dengan tajuk kami dan akan diberi kepada rakan-rakan untuk menjawabnya secara atas talian. Setakat itu sahaja refleksi saya untuk minggu ini. Sekian sahaja :)
MINGGU KE-7
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Satu Pendidik dan Salam Satu Malaysia
Semoga semuanya baik-baik belaka dan saya juga berharap agar Dr. Siti Fatimah sentiasa sihat dan dilindungi olwh Yang Maha Esa. Pada minggu ini saya telah mengemas kini laman weebly saya untuk ditunjukkan kepada Dr. Siti Fatimah. Oleh kerana kekurangan masa dan sibuk dengan kerja yang banyak, mujurlah saya masih sempat untuk mengemaskini laman weebly saya.
Pada minggu ini juga, borang soal selidik yang telah dibina pada minggu lepas telah diedarkan kepada rakan-rakan secara atas talian. Penyebaran borang ini dilakukan melalui laman forum di web ggge1155.weebly.com, laman ifolio UKM dan juga melalui emel rakan-rakan. Borang soal selidik diedarkan dengan cara memberi URL borang soal selidik tersebut kepada rakan-rakan,
https://docs.google.com/forms/d/1soHxCrpyozKXc8NEh58Aqjle2thOhOBMPaoqhVtE5bo/viewform?usp=send_form/
Melalui alamat ini kami telah mendapat maklumbalas yang amat banyak daripada rakan-rakan. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu kami walaupun banyak kekurangan yang terdapat pada kami. Kami juga telah menolong rakan seperjuangan yang lain untuk memberi respon kepada borang soal selidik mereka dengan harapan agar kami sama-sama dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa terdekat.
Sekian, Terima Kasih :)
MINGGU KE-8
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada minggu ini, apa yang telah saya pelajari adalah bagaimana untuk membuat analisis daripada hasil respon soal selidik kumpulan saya, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke 21. Melalui tugasan yang diberi, saya dapat mengubah dan meringkaskan data mentah hasil soal selidik menjadi lebih jelas dan padat kepada bentuk graf dan jadual. Analisis itu juga kami perlu lengkapkan untuk ditunjukkan di dalam laman tugasan weebly saya pada minggu ke-9 nanti. Oleh itu, ringkasan maklumat dalam hasil soal selidik telah memudahkan kerja saya untuk mengetahui bilangan responden bagi setiap soalan dalam penghasilan graf dan jadual. Laporan penuh akan dilengkapkan pada minggu ke-9. Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ini. Terima Kasih ~ :)

MINGGU KE-9
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu Pendidik
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang masih memberi nafas dan peluang untuk saya menulis refleksi di laman ini. Pada minggu ini, saya bersama ahli-ahli kumpulan akan telah menyiapkan laporan penuh bagi analisis hasil soal selidik kami. Kami telah menyiapkannya melalui aplikasi google docs yang sangat efektif untuk membuat tugasan kami. Melalui penggunaan google docs kami dapat membuat tugasan secara atas talian dan ia dapat menjimatkan masa dan kos kami sebagai pelajar universiti. Segala hasil kajian telah diubah bentuk komunikasinya kepada bentuk graf supaya lebih difahami dan lebih jelas maklumatnya.
Memandangkan kami tinggal di kolej yang berlainan dan sibuk dengan program masing-masing, aplikasi ini merupakan jalan yang terbaik buat kami untuk bekerjasama dan hasilnya kami dapat juga melengkapkannya. Setakat ini sahaja refleksi saya untuk minggu ini.
Sekian, Terima Kasih :D

MINGGU KE 10
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kepada Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Sudah masuk minggu kesepuluh dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan GGGE 1155 saya pada semester ini. Syukur ke hadhrat Ilahi kerana masih mampu membuat refleksi dan tugasan-tugasan yang diamanahkan kepada saya. Walaupun agak sibuk dengan tugasan-tugasan subjek lain yang agak membebankan tetapi saya kuatkan juga hati untuk menyiapkannya demi masa hadapan yang lebih baik.
Pada minggu ini, kami telah diberi tugasan untuk membuat brosur berkaitan tajuk kajian yang telah kami lengkapkan, iaitu mengenai Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills). Setiap kumpulan akan membina satu brosur berkaitan tajuk kajian mereka sendiri.
Dengan adanya perisian Microsoft Publisher di dalam komputer kami. Kami akan membuat brosur mengikut kreativiti kami sendiri denga warna-warna dan corak-corak yang menarik walaupun tidak begitu mahir dalam bidang seni. Namun itu tidak menjadi penghalang kepada kami. Tugasan ini dapat menambah pengetahuan kami secara lebih mendalam tentang perisian komputer dan ia amat menyeronokkan sebenarnya. Segala info yang terkandung dalam dapatan kajian kami akan kami selitkan dalam brosur yang akan dibina itu. Semoga tugasan ini dapat disempurnakan pada masa yang ditetapkan.
MINGGU KE 11
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Pendidik,
Nampaknya sudah masuk minggu ke-11 saya dalam kelas komputer dalam pendidikan ini, Minggu ke-11 ini kami sudah masuk ke tugasan yang 7 iaitu tugasan kedua terakhir sebelum kami melakukan tugasan ke-8 iaitu tugasan terakhir. Tugasan ke-7 ini kami diarahkan membina sebuah video berdasarkan tajuk yang diberi pada tugasan 2. Oleh itu saya dan kumpulan saya akan membina sebuah video yang bertajuk 'Kemahiran Abad ke-21'.
Kumpulan kami telah mengambil inisiatif untuk membincangkan tentang elemen-elemen yang perlu ada dalam topik kami dalam pembuatan video yang akan dihasilkan. Salah seorang ahli kumpulan saya iaitu Amirul Faiz telah membicarakan topik ini di forum weebly untuk membantu tugasan kami. Ini adalah untuk membantu kumpulan kami membina dan mengkongsi video kami tentang Kemahiran Abad Ke 21 kepada rakan-rakan. Story board dan skrip untuk video ini akan kami bincangkan untuk membuat video yang paling baik.
MINGGU KE 12
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada minggu ini kami telah diberi tugasan untuk membuat video pula tentang tajuk kajian kami iaitu 'Kemahiran Abad Ke 21'. Berdasarkan hasil kajian kami dan hasil daripada responden soal selidik kami, segala maklumat yang diperoleh akan kami isikan ke dalam video yang akan dihasilkan.
Segala elemen yang digunakan dalam video ini, iaitu teks, audio dan reka bentuk video telah kami bincang untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Dengan itu, kami telah membuat keputusan untuk menggunakan laman web http://www.powtoon.com/. Dengan aplikasi daripada laman web ini kami dapat memilih pelbagai reka bentuk video yang menarik. Konsep untuk membuat video di dalam aplikasi ini lebih kurang sama dengan aplikasi 'movie maker'. Ia dapat memuatkan teks dan audio dan juga video di dalam video.
Untuk menggunakan aplikasi melalui laman web ini adalah dengan berdaftar sebagai ahli melalui akaun google. facebook atau yahoo. Selepas itu, kami boleh memilih pelbagai reka bentuk video yang menarik yang boleh kami gunakan. Hasil video boleh dilihat di laman tugasan laman weebly saya. Sekian sahaja refleksi saya untuk minggu ini. Semoga pembaca jelas dengan ulasan saya.

MINGGU KE 13
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Nampaknya sudah masuk minggu ke 13 pembelajaran saya di UKM ini. Saya amat bersyukur ke hadhrat Ilahi yang sentiasa memberi rahmat kepada hamba-Nya yang ingin menuntut ilmu. Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu yang kedua akhir untuk semester ini. Begitu sekejap sahaja masa berlalu. Namun begitu, ini tidak mematahkan semangat kami untuk membuat segala tugasan yang diberi, walaupun debaran peperiksaan semakin terasa.
Pada minggu ini, kami diarahkan untuk membentangkan video yang telah kami hasilkan untuk dipersembahkan kepada Dr. Siti Fatimah. Dengan itu, video telah dimuat naik ke laman youtube supaya lebih mudah untuk saya muat naik semula ke laman weebly ini. Syukur kepada Allah Yang Maha Esa yang sentiasa memberi rahmat dan petunjuk dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui video ini, kumpulan kami berharap semua orang akan lebih memahami tentang apa itu 'Kemahiran Abad Ke 21' kerana video ini jelas menunjukkan hasil kajian yang telah kami peroleh dan mengubah bentuk komunikasinya kepada video. Semoga anda semua terhibur dengan video yang telah dihasilkan.
MINNGU KE 14
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam Pendidik dan Salam 1Malaysia
Nampaknya sudah masuk minggu ke 14, iaitu minggu terakhir untuk kelas kami pada semester 1 ini. Amat sedih kerana begitu cepat masa berlalu dan kami akan menghadapi peperiksaan beberapa minggu sahaja lagi. Kedukaan ditambah lagi dengan ketiadaan subjek GGGE1153 Komputer Dalam Pendidikan pada semester-semester yang akan datang. Saya amat berminat dengan subjek ini kerana ia banyak mendedahkan saya kepada dunia IT secara langsung mahu pun tidak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. SIti Fatimah Binti Mohd Yassin yang banyak membimbing kami dalam pengajaran subjek ini. Tanpa beliau tidak mungkin saya akan bersemangat untuk mempelajarinya kerana tiada orang yang membimbing saya.
Baiklah saya akan teruskan refleksi saya pada minggu ini mengenai tugasan 8 yang perlu kami buat, iaitu menggunakan Microsoft Excel untuk memasukkan dan mengolah data keputusan peperiksaan murid sekolah. Pengertian Microsoft Excel adalah progeam aplikasi Microsoft Office yang digunakan dalam pengolahan angka. Program ini sering digunakan dalam mencatat pengeluaran dan kemasukan dalam satu perusahaan atau lemabaga mahu pun sebuah organisasi tidak kira kecil atau besar. tetapi di dalam tugasan ini kami perlu membuat berdasarkan bidang pendidikan, iaitu untuk memasukkan data murid-murid. Guru juga dapat menggunakan aplikasi ini untuk merekod prestasi murid sepanjang tahun pengajrannya.
Gambar di bawah menunjukkan hasil tugasan saya dan pautan dokumen Microsoft Excel saya :

tugasan_8.xlsx | |
File Size: | 21 kb |
File Type: | xlsx |